CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers


Friday, February 25, 2011

GELATIN : menjadikan ISLAM sekadar nama!!!

as-slm...
Muslimah"s story...


GELATIN!!!benda yg dpt menghancurkan umay islam....adakah ia halal atau tidak???adakah ia berada dlm makanan kita atau sesetgh makanan shja....lambakan makanan moden seprti marshmallow, kek krim, aiskrim dan sebgainya pasti mmpunyai gelatin..jika ia haram maka larut lah amalan kita selama 40 hari...ada seorg shbat mengatakan " APABILA BADAN KITA MENERIMA MAKANAN HARAM, BARANG SECUBIT PUN, DOA KITA TIDAK AKAN DI TERIMA SELAMA 40 HARI" (jika salah tlg btolkan)...subhanallah!!!!
relakah kita mnjadi sebegitu???sudh berapa banyakkah mknan tidak halal yg kita makan selama ini!!!!wallahu'alam....ikut kisah gelatin ini!!!!1


 Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. 
Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

HALAL ATAU TIDAK?
     Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?

Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more...

Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.

BIMBANG!,  RISAU!,  RESAH...

Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila 
kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin  yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.

Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL! 

AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA...

Adakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
Kapsul penyalut ubatan
Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
Semua Minyak Wangi
Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
Losen Badan, kaki dan tangan

"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"

BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS  MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~

>> Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.

>> Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.

>> Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti

>> Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.

>> Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH

>> Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.

>> Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.

>> Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.


APAKAH PENYELESAIANNYA?

"Sekarang, anda mulai merasa bimbang apabila anda mengetahui yang semua yang anda makan selama ini adalah HARAM kan? ...banyak benda-benda kegunaan harian juga haram!  Saya juga teramat risau..."

Lebih memburukkan keadaan lagi, jumlah gelatin halal yang dikeluarkan di dalam dunia ini agak terhad pula. Dan bukan semua gelatin yang tertulis halal itu adalah benar-benar halal. Sekali lagi , masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan.


PILIH HALAL , PILIH GELATIN HALAL!



BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL
~ GELATIN HALAL ~


Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi

Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin

Masakan kita akan lebih bersih dan suci

Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik

Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang

Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas

Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!

Sesungguhnya Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini >> HALAL & HARAM

_________________________
 
SIAPAKAH MEREKA YANG WAJIB MEMBELI GELATIN HALAL?
 
Suri Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
Penjual-penjual kuih muih
Pemilik kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga Islam
Pemilik Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
Kilang-kilang yang membuat kosmetik kecantikan
Pengeluar Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
Pembuat kapsul softgel
Pembuat produk-produk berbagai jenis makanan
"Semua orang tidak kira bangsa atau pun agama seharusnya menggunakan Gelatin Halal ini untuk produk mereka kerana selagi mereka menjual barangan mereka pada orang Islam, maka selagi itu tanggungjawab mereka menghormati hukum agama Islam kita!"



adakah di bawah ini semua makanan yag kita makan setiap hari??adakah ia mengandungi GELATIN?????




1 comment: